awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita terkejut nampak mayat lelaki terapung dalam sungai

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2024
22:15 MYT
Wanita terkejut nampak mayat lelaki terapung dalam sungai
Mayat lelaki lengkap berpakaian ditemui terapung di dalam sungai di Kampung Baru Nelayan pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
TUMPAT: Seorang wanita terkejut apabila menjumpai mayat lelaki dalam keadaan terapung di dalam sungai di Kampung Baru Nelayan, di sini pada Jumaat.
Mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui pada jam 1.40 petang.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Khairil Shafie berkata, sejurus menerima panggilan telefon sepasukan anggota dari Balai Polis Tumpat telah bergegas ke lokasi untuk membuat pemeriksaan.
"Hasil pemeriksaan awal secara luaran mendapati mayat itu lengkap berpakaian iaitu baju t-shirt dan berseluar pendek.
"Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, mayat terbabit kemudian berjaya dibawa naik dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat.
Ujarnya, mangsa telah dibawa ke Hospital Kelaboran, Tumpat untuk bedah siasat.
Tambah beliau, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan lemas.
"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#terapung dalam sungai
#Kampung Baru Nelayan
#Khairil Shafie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan