Wanita terperosok bawah kereta sendiri

Sinar Harian
September 13, 2019 02:57 MYT
Mangsa ketika menerima rawatan selepas dilanggar kereta sendiri. Facebook Kuan Chee Heng
Kecuaian seorang wanita meninggalkan tiga anaknya dalam kereta dengan keadaan enjin masih hidup mengundang padah apabila dia cedera parah ketika menahan kereta yang bergerak selepas anaknya menukar gear kenderaan tersebut.
Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam di sebuah stesen minyak di Puchong Utama.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila anak lelaki wanita tersebut yang berusia dua tahun menukar gear kepada mengundur menyebabkan kereta tersebut bergerak.
Menyedari insiden cemas itu, wanita berusia lingkungan 40-an berkenaan terus menahan kereta dengan tangan dan kaki untuk mengelakkan ia melanggar tembok di stesen minyak berkenaan.
"Akibatnya, mangsa dilanggar kereta sendiri dan terperosok masuk ke bawah kereta.
Chee Heng dan pasukan mediknya yang memberi bantuan rawatan perubatan awal kepada mangsa berkata, akibat kejadian itu, wanita berkenaan mengalami cedera di bahagian muka, pinggang dan kaki.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan anak kecil di dalam kereta.
"Kejadian seperti ini boleh membawa maut. Jangan biar anak anda mati kerana kelalaian sendiri," katanya.
#anak dalam kereta #cedera parah #kecuaian #kereta #kereta mengundur #Kuan Chee Heng #Puchong #rawatan perubatan #stesen minyak #tukar gear