Wanita tertua di Malaysia meninggal dunia

Astro Awani
April 28, 2017 12:30 MYT
Puan Ahmad (kiri) berbual dengan anaknya Teh Man Khamis, 70, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tanjung. -Gambar fail/Bernama
Puan Ahmad yang dipercayai individu tertua di negara ini meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 121 tahun.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediaman keluarganya di Kampung Bendahara, Kodiang, Kedah sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Tok Puan dikatakan tidak lalu makan sejak 20 hari lalu.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Batu 4 di Kampung Bendahara selepas solat Isyak.
#jenazah #meninggal dunia #Puan Ahmad #Tok Puan #wanita tertua