awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Thailand maut kemalangan di Padang Besar

Bernama
Bernama
18/05/2025
12:00 MYT
Wanita Thailand maut kemalangan di Padang Besar
Seorang wanita Thailand maut manakala anak lelakinya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di bawah jejambat Padang Besar, semalam.
KANGAR: Seorang wanitaThailand maut manakala anak lelakinya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di bawah jejambat Padang Besar, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata dalam nahas kira-kira 6.05 petang itu, wanita berkenaan Patcharee Nunim, 34, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala anaknya yang berusia 15 tahun mengalami kecederaan ringan.
Beliau berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila treler yang dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah Padang Besar membelok ke kanan bawah jejambat itu menghala ke Chuping ketika lampu isyarat berwarna kuning sebelum melanggar motosikal dinaiki dua beranak itu.
"Wanita itu bersama pembonceng yang merupakan anaknya pula dari arah ICQS (Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan) Padang Besar menghala ke Felda Rimba Mas. Akibat kemalangan berkenaan, wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada 6.30 petang oleh pegawai perubatan," katanya.
Mohd Shokri berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk bedah siasat manakala pemandu treler itu direman selama dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau berkata ujian urin pemandu treler yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu didapati negatif dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita thailand
#kemalangan
#treler
#padang besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan