MALAYSIA
Wanita tidak dibenarkan masuk ke IPD di Melaka kerana langgar etika pakaian
Dzulkhairi berkata pihaknya ingin menegaskan bahawa etika pemakaian bagi orang awam yang ingin berurusan di semua kaunter aduan polis hendaklah mematuhi garis panduan ditetapkan. - Gambar fail/Sinar Harian
MELAKA: Insiden seorang wanita tidak dibenarkan memasuki pekarangan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) di sini semalam seperti yang tular di media sosial adalah kerana melanggar etika berpakaian yang telah ditetapkan di premis kerajaan.
Ringkasan AI
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata pada 5 petang semalam, wanita berusia lingkungan 20-an itu hadir ke IPD berkenaan bersama ibunya berusia 50-an untuk membuat laporan kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
"Bagaimanapun pegawai polis yang bertugas di pintu hadapan telah memohon mereka pulang untuk menukar pakaian yang bersesuaian sebelum membuat laporan polis memandangkan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Arahan itu selaras dengan surat pekeliling yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara berkaitan penambahbaikan pengurusan perhubungan pelanggan sektor awam bertarikh 1 Dis 2020," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati wanita itu bersama ibunya datang semula ke IPD tersebut dengan pakaian lebih sopan dan dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis pada 5.40 petang.
Sehubungan itu, Dzulkhairi berkata pihaknya ingin menegaskan bahawa etika pemakaian bagi orang awam yang ingin berurusan di semua kaunter aduan polis hendaklah mematuhi garis panduan ditetapkan.
Katanya kelonggaran akan diberikan bagi kes-kes melibatkan kecemasan dan memerlukan tindakan pantas polis.
"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut dan tidak keliru dengan garis panduan etika pemakaian ditetapkan," katanya.
Difahamkan, kedua-dua wanita itu terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke Johor selepas menghadiri satu acara di Kuala Lumpur semalam.
Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan masuk ke IPD berkenaan ketika ingin membuat laporan kerana panjang skirt yang dipakai lebih pendek daripada paras lutut.
-- BERNANA
Ringkasan AI
- Wanita tidak dibenarkan masuk IPD Melaka kerana pakaian melanggar etika berpakaian kerajaan.
- Polis meminta mereka pulang tukar pakaian sebelum dibenarkan membuat laporan.
- Polis menegaskan etika pemakaian hendaklah dipatuhi ketika berurusan di IPD.