Wanita tua dirempuh motosikal di George Town meninggal dunia

Astro Awani
April 6, 2017 15:53 MYT
Keadaan mangsa selepas dilanggar di Jalan Burmah, George Town pada Khamis. - Astro AWANI
Seorang wanita berusia 58 tahun yang dirempuh sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Jalan Burmah, George Town disahkan meninggal di Hospital Pulau Pinang pada jam 8.45 malam.
Terdahulu, mangsa Foo Swee Wah cedera parah di kepala dan patah kaki selepas dirempuh pada jam 1.24 petang hari sama.
Video yang anda saksikan ini adalah kejadian yang dirakam seorang individu ketika mangsa sedang melintas sebelum dirempuh sebuah motosikal.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash berkata pihaknya telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal terbabit dan sedang menjejakinya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#mangsa #meninggal dunia #rempuh motosikal #wanita