awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita UMNO desak Bank Negara beri jaminan tiada lagi kenaikan OPR

Fareez Azman
Fareez Azman
05/05/2023
10:54 MYT
Wanita UMNO desak Bank Negara beri jaminan tiada lagi kenaikan OPR
Rosni barkata kesan kenaikan OPR secara agresif telah menyebabkan kadar bayaran balik pinjaman meningkat secara drastik dan amat membebankan peminjam terutama golongan B40. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Wanita UMNO menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) agar memberikan penjelasan yang lebih jelas kepada rakyat berhubung kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga tiga peratus baru-baru ini.
Kata Ketua Penerangannya, Datuk Rosni Zahari, sehingga hari ini BNM hanya memberikan penjelasan yang terlalu teknikal dan kurang difahami sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan.
"Kesan kenaikan OPR secara agresif, yang merupakan kali kelima sejak Mei 2022 ini telah menyebabkan kadar bayaran balik pinjaman meningkat secara drastik dan amat membebankan peminjam terutama golongan B40.
"Justeru Wanita UMNO mendesak BNM agar memberi jaminan bahawa tiada lagi kenaikan OPR dalam masa terdekat dengan mengambil kira nasib rakyat yang sedang bergelut dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar," jelasnya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Rosni, Wanita UMNO juga mencadangkan agar BNM mengambil jalan tengah dan mempunyai sedikit empati dengan mengarahkan semua bank memberi penggecualian kenaikan kepada golongan sasar atau terjejas.
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu mengumumkan kadar dasar semalaman (OPR) meningkat 25 mata kepada 3 peratus.
Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Ini menjadikan kadar OPR ketika ini kembali kepada kadar seperti pra-pandemik COVID-19 iaitu pada 7 Mei 2019.
BNM turut memaklumkan kebanyakan bank pusat mengekalkan dasar kewangan yang ketat.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Jawatankuasa Dasar Monetari
#bank
#rakyat
#Wanita UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan