awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga Afrika ditemukan mati tepi jalan, dipercayai dibunuh - Polis

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
13/02/2022
07:57 MYT
Wanita warga Afrika ditemukan mati tepi jalan, dipercayai dibunuh - Polis
Ketika pasukan polis tiba pada pukul 12.12 tengah hari, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring mengiring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. - Foto PDRM
AMPANG JAYA: Seorang wanita warga Afrika ditemukan maut dipercayai dibunuh selepas dikatakan bergaduh berhampiran Jalan Memanda 2, Ampang dekat sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, ketika pasukan polis tiba pada pukul 12.12 tengah hari, mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring mengiring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Kami menerima panggilan daripada penolong pegawai dari Hospital Ampang yang pada awalnya dimaklumkan ada kejadian ragut dan memerlukan bantuan polis.
"Namun siasatan awal di tempat kejadian berdasarkan saksi awam, kita mendapati ia berpunca daripada pergaduhan mangsa dengan suspek," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Mohamad Farouk berkata, pihaknya masih meneliti jika ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.
Beliau memberitahu, punca kematian hanya akan diketahui selepas laporan bedah siasat keluar.
Namun tidak dinyatakan jenis senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit bersalah.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di talian 03-4289 7222 dengan segera.
Topic Berkaitan
#IPD Ampang Jaya
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#membunuh
#pergaduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan