awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas cedera digigit buaya ketika tangkap udang galah

Bernama
Bernama
06/09/2023
09:09 MYT
Wanita warga emas cedera digigit buaya ketika tangkap udang galah
Mangsa cedera pada bahagian pergelangan kaki kanan kerana digigit buaya selain luka di kepala akibat terhantuk bucu perahu ketika menyelamatkan diri. -Gambar hiasan
ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila hampir dibaham buaya ketika menangkap udang galah di perairan Sungai Timun, Lubok Cina pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa Nurkaisa Ausad, 65, berasal dari Linggi, Negeri Sembilan cedera pada bahagian pergelangan kaki kanan kerana digigit reptilia terbabit selain luka di kepala akibat terhantuk bucu perahu ketika menyelamatkan diri.
"Daripada laporan polis dibuat anak mangsa pada Isnin lepas, pengadu Muhammad Omar, 24, menerima panggilan telefon daripada kawan ibunya yang memaklumkan mangsa digigit buaya ketika sedang menangkap udang bersama nelayan lain di perairan itu.
"Semasa ibunya mahu turun menyerkap udang galah di dalam sungai yang tidak jauh daripada perahu dinaiki, secara tiba-tiba mangsa digigit seekor buaya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Arshad berkata mangsa kemudiannya meronta-ronta sebelum berjaya melepaskan diri daripada gigitan buaya terbabit.
Arshad berkata bagaimanapun, selepas berjaya menyelamatkan diri daripada buaya berkenaan, kepala wanita itu telah terhantuk pada bucu perahu dan menyebabkan dia mengalami kecederaan.
"Rakan nelayan di situ yang menyedari keadaan itu kemudiannya menyelamatkan mangsa dan membawanya naik ke daratan, seterusnya membawa mangsa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan untuk rawatan lanjut.
"Keadaan wanita itu kini stabil dan kes dirujuk kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#buaya
#perairan Sungai Timun
#Nurkaisa Ausad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan