awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas cedera diserang beruk di Taman Tasik Taiping

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/06/2023
08:12 MYT
Wanita warga emas cedera diserang beruk di Taman Tasik Taiping
Perhilitan akan melakukan operasi pelupusan khususnya beruk yang dipercayai menyerang mangsa. - Gambar/ Ihsan pembaca
TAIPING: Seorang wanita warga emas cedera selepas diserang sekumpulan beruk di Dataran Kedamaian Taman Tasik Taiping di sini, pagi ini.
Kejadian berlaku ketika wanita berkenaan dikatakan melakukan aktiviti riadah di kawasan berkenaan bersama rakan-rakannya.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan polis dibuat mengenainya.
Jurucakap Majlis Perbandaran Taiping (MPT) pula berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai kejadian serangan beruk itu.
Menurutnya, aduan mengenainya telah dipanjangkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah menghantar kakitangan daripada Perhilitan Selama ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan.
“Kita akan pasang perangkap dan akan melakukan operasi pelupusan khususnya beruk yang dipercayai menyerang mangsa,” katanya.
Topic Berkaitan
#Taman Tasik Taiping
#serangan monyet
#beruk serang orang
#warga emas cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan