awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas cedera kereta dihempap pokok kelapa sawit tumbang

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2024
23:45 MYT
Wanita warga emas cedera kereta dihempap pokok kelapa sawit tumbang
Sebatang pokok kelapa sawit tumbang dan menghempap sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut dalam kejadian di Jalan Sungai Duri, Nibong Tebal, semalam. - Foto ihsan pembaca
NIBONG TEBAL: Seorang wanita warga emas cedera selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok kelapa sawit yang tumbang dalam kejadian di Jalan Sungai Duri, di sini, semalam.
Menurut Pegawai Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal, PBK II, Muhammad Faizal Yusop, wanita yang memandu kereta jenis Honda Jazz itu berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihaknya.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku sewaktu hujan lebat serta angin kencang petang semalam.
Terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.58 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi bagi tugasan menyelamat.
Sebaik tiba, pihaknya mendapati terdapat sebatang pokok kelapa sawit telah tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Honda Jazz, yang ketika itu melalui kawasan tersebut.
"Pemandu seorang wanita telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi.
"Mangsa diberi rawatan awal oleh anggota EMRS sebelum dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi menerima rawatan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.
Pihak bomba kemudian membuat 'size up' dan mengarahkan anggota dengan PPE lengkap dan peralatan khas melakukan kerja-kerja pemotongan pengalihan pokok.
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#kelapa sawit
#hujan lebat
#dihempap pokok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan