awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik tidur

Sinar Harian
Sinar Harian
16/04/2023
22:40 MYT
Wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam bilik tidur
Mangsa berumur 60 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang hadir ke lokasi. - Gambar hiasan
HULU SELANGOR: Panggilan tidak bersahut merungkaikan penemuan seorang wanita warga emas yang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Dagang Setia, Kuala Kubu Bharu, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.59 petang itu, rumah mangsa didatangi adik iparnya.
"Adik ipar mangsa memanggil mangsa berulang kali namun tidak bersahut sebelum menemui mangsa yang dalam keadaan terbaring di dalam biliknya.
"Adik ipar mangsa kemudian menghubungi pihak hospital memaklumkan berkaitan kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, mangsa berumur 60 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang hadir ke lokasi.
"Siasatan dijalankan pihak polis mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian.
"Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#meninggal dunia
#Ahmad Faizal Tahrim
#tiada unsur jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan