MALAYSIA
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
John berkata mayat mangsa berusia 80 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan/Bernama
GEORGE TOWN: Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah di Flat Kampung Melayu Ayer Itam di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.56 petang memaklumkan terdapat seorang mangsa di dalam sebuah rumah yang berkunci.
Beliau berkata sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi membuka rumah tersebut.
"Sebaik tiba pasukan keluaran operasi (PKO) yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE) terlebih dahulu membuat penilaian awal (size-up) sebelum membuka pintu rumah tersebut menggunakan peralatan khas.
"Apabila pintu berjaya dibuka, anggota mendapati terdapat seorang wanita telah meninggal dunia dan kematian mangsa disahkan petugas perubatan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.
John berkata mayat mangsa berusia 80 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Dalam kes berasingan beliau memaklumkan seorang wanita warga emas berusia 70 tahun melecur pada anggota badan akibat letupan yang berpunca daripada kebocoran hos tong gas memasak (LPG) di sebuah rumah di Taman Alma, Bukit Mertajam.
Beliau berkata lima anggota bersama sebuah jentera dari BBP Bukit Mertajam bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 4.52 petang.
"Kejadian melibatkan letupan kecil di bahagian kabinet dapur yang berpunca daripada kebocoran saluran hos tong LPG dan telah mengakibatkan sebahagian kecil struktur mengalami kerosakan.
"Terdapat seorang mangsa iaitu wanita berusia 70 tahun mengalami kecederaan melecur tahap satu dan telah dibawa ke hospital sebelum bomba tiba," katanya.
Beliau berkata pihak bomba melakukan kerja-kerja pengudaraan di kawasan terlibat dan seterusnya menyerahkan lokasi kepada pasukan penyiasatan kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA