awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas hanyut ketika memancing

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
21/09/2021
12:21 MYT
Wanita warga emas hanyut ketika memancing
Saedah Hassab dipercayai terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan ketika sedang memancing bersama suaminya, Latif Muhamad. - Astro AWANI
KUALA KRAI: Seorang warga emas hilang selepas dihanyutkan arus di Sungai Kenerong, di sini, semalam akibat kepala air.
Saedah Hassab, 66, dipercayai terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan ketika sedang memancing bersama suaminya, Latif Muhamad, 61.
Ketua Zon Machang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fairus Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.30 malam tadi.
Katanya, kedua-dua mangsa merupakan pasangan suami isteri dipercayai terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus.
"Pasangan warga emas terbabit sedang memancing di atas batu sebelum kepala air datang dan menyebabkan kedua mangsa terjatuh ke dalam sungai.
"Walau bagaimapun suami mangsa sempat berpaut pada dahan pokok selepas dibawa arus ke tepi sungai manakala isterinya terus hanyut, katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Fairus berkata, operasi mencari dan menyelamat bermula malam tadi dan bersambung jam 8 pagi hari ini.
Katanya, pencarian meliputi kawasan sejauh 500 meter dari lokasi mangsa terjatuh membabitkan 22 anggota termasuk dua Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Tumpat dan BBP Kota Bharu.
"Kami masih belum menemui sebarang petunjuk dan operasi berjalan lancar walaupun keadaan arus yang kadang kala deras dan air berpusar," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#warga emas
#dihanyut air
#Sungai Kenerong
#kepala air
#Saedah Hassab
#Latif Muhamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan