awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas hilang dari rumah di Semanggol

Bernama
Bernama
08/10/2019
21:16 MYT
Wanita warga emas hilang dari rumah di Semanggol
Fatimah kali terakhir dilihat pada jam 10 pagi di kediaman mereka. -Foto Sinar Harian
Sebuah keluarga merayu bantuan orang ramai untuk mengesan ibu mereka yang dilaporkan hilang dari kediaman di Kampung Jaya, Batu 10, Jalan Kerian, Semanggol, Sabtu lepas.
Anak lelaki mangsa, Jantan Abu Bakar, 40, berkata ibu mereka, Fatimah Mat, 72, disedari hilang oleh ahli keluarga pada pukul 12.30 tengah hari Sabtu lepas.
Beliau berkata kali terakhir ibu mereka berada di kediaman mereka pada pukul 10 pagi dan hanya menyedari ketiadaan ibunya di rumah pada pukul 12.30 tengah hari itu.
"Kami bimbang kerana ibu kami ada masalah pelupa dan kesihatannya juga tidak menentu. Puas kami mencari di sekeliling rumah dan seluruh penduduk kampung membantu tetapi belum menemuinya," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Jantan berkata selain pencarian beramai-ramai mereka turut menularkan berita kehilangan ibu di laman media sosial dan aplikasi WhatsApp dengan harapan ibu dapat ditemui dengan segera
"Selain itu kami turut berjumpa dengan pengamal perubatan dan beberapa orang ustaz mengenai kehilangan ibu kami namun jawapan yang kami terima dimaklumkan ibu masih berada di sekitar kawasan ini namun gagal ditemui," katanya.
Beliau berharap jika ada sesiapa mengetahui dan ternampak ibu kami diharapkan segera menghubungi kami di talian 019-4764199 atau 013-4792601.
Katanya, satu laporan polis mengenai kehilangan ibunya telah dibuat di Balai Polis Semanggol pada Ahad lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Balai Polis Semanggol
#bantu kesan ibu
#Fatimah Mat
#Jalan Kerian
#Kampung Jaya
#warga emas
#warga emas hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan