awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran

Bernama
Bernama
21/05/2024
08:25 MYT
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Mangsa yang maut dikenali Lim Moi Kee, 72, itu terperangkap dalam kediamannya. - Gambar/ APM
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian tujuh pintu di Lorong Kwong Tung, Jalan Lanang di sini pagi tadi.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak di sini hari ini, mangsa yang maut dikenali Lim Moi Kee, 72, itu terperangkap dalam kediamannya manakala penghuni lain berjaya keluar menyelamatkan diri.
Kebakaran itu membabitkan tujuh pintu rumah jenis kayu dan lima daripadanya dihuni 20 orang manakala dua pintu lagi tidak berpenghuni.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan pasukan bantuan BBP Sungai Merah segera dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 6.43 pagi.
"Bomba menemukan seorang mangsa rentung di depan pintu bilik nombor dua dan diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.
Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya 9.52 pagi dan punca kebakaran masih disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#wanita rentung
#Sibu
#Jalan Lanang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan