MALAYSIA
Wanita warga emas terselamat dari tanah runtuh
Wanita warga emas itu terselamat kerana tanah runtuh itu hanya terkena di belakang rumahnya dan tidak melibatkan sebarang kerosakan. - Gambar hiasan
Seorang wanita warga emas terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Padang Tamat, Pengkalan Hulu di Gerik pada Rabu.
Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.30 petang.
"Bagaimanapun, seorang wanita warga emas berumur lingkungan 60-an yang ketika itu berada di rumah tersebut, terselamat kerana tanah runtuh itu hanya terkena di belakang kediaman itu dan tidak melibatkan sebarang kerosakan.
"Anggota APM telah membuat pemantauan di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Sementara itu, beliau berkata berlaku dua kejadian banjir kilat di Kampung Tersusun Air Kuning, Kampung Gajah dan Kampung Sungai Segar, Ijok, dekat Selama.
"Bagaimanapun banjir kilat yang berlaku petang tadi (Rabu) di Kampung Tersusun Air Kuning telah surut.
"Manakala keadaan banjir di Kampung Sungai Segar, Ijok yang baru sahaja melanda kawasan itu malam ini sedang dalam pemantauan oleh anggota APM Selama," katanya.
-- BERNAMA

#angkatan pertahanan awam
#APM
#banjir
#pemantauan
#Pengkalan Hulu
#Selama
#tanah runtuh
#warga emas