awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik

Bernama
Bernama
28/01/2025
02:10 MYT
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Wanita tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga Singapura yang sebelum ini mendakwa dirinya menjadi mangsa cubaan culik di kawasan sebuah pusat beli-belah di Taman Abad pada 10 Jan lepas, didapati membuat laporan palsu.
Ketua Polis Johor CP Datuk M Kumar berkata perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
"Hasil siasatan polis mendapati insiden cubaan culik tersebut tidak berlaku. Rakaman CCTV serta bukti-bukti teknikal mengesahkan tiada pergerakan mangsa dikesan di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata wanita berusia 45 tahun itu membuat laporan palsu pada 22 Jan, mendakwa dirinya cuba diculik oleh seorang lelaki dan wanita yang kononnya menawarkan teh untuk dijual sempena Tahun Baharu Cina. Wanita itu juga mendakwa dipaksa menghidu teh tersebut sehingga merasa pening dan tidak sedarkan diri.
Menurut Kumar, wanita tersebut akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Kumar berkata kejadian tersebut turut tular di media sosial, sehingga menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang mempercayai dakwaan itu.
"Malah, beberapa pempengaruh media sosial turut mengulas kejadian ini dengan mengaitkannya sebagai ancaman kepada keselamatan pelancong di Johor," katanya.
Sehubungan itu, polis Johor memberi amaran tegas bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan khabar angin atau memanipulasi fakta untuk mencetuskan kegusaran awam, terutamanya berkaitan isu keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik
#laporan palsu
#warga singapura
#CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan