MALAYSIA

Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor

Bernama 18/01/2026 | 15:33 MYT
Mangsa dipercayai sedang melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Giam bersama ahli keluarganya yang lain sebelum kejadian tidak diingini berlaku. - Unsplash
IPOH: Seorang wanita warga Taiwan maut dipercayai akibat lemas semasa melakukan aktiviti selam snorkel di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata mangsa yang berusia 72 tahun itu ditemukan oleh seorang pemandu pelancong dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari.

"Mangsa dipercayai sedang melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Giam bersama ahli keluarganya yang lain," katanya ketika dihubungi malam ini.

Hasbullah berkata mangsa akan menjalani proses bedah siasat esok di Hospital Seri Manjung dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

-- BERNAMA

#warga Taiwan #lemas #Pulau Pangkor #selam snorkel