awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waran tangkap: Exco Terengganu hadir ke mahkamah

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2023
04:03 MYT
Waran tangkap: Exco Terengganu hadir ke mahkamah
Mohd Nor tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu jam 9.03 pagi sebagai saksi bagi perbicaraan berkenaan. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung Mohd Nor Hamzah hadir ke mahkamah hari ini bagi memberi keterangan perbicaraan petisyen pilihan raya Parlimen Marang selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya, Khamis lalu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu jam 9.03 pagi sebagai saksi bagi perbicaraan berkenaan.
Sebelum ini, Mohd Nor diarahkan hadir untuk menyambung dan memberikan keterangannya pada Khamis lalu, namun beliau gagal berbuat demikian.
Susulan itu Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani mengeluarkan perintah berkenaan selepas peguam pempetisyen, Muhammad Amin Othman memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.
Pada 12 Februari lalu Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak bantahan awal yang dikemukakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membatalkan petisyen keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang yang difailkan calon Barisan Nasional (BN).
Mahkamah kemudian menetapkan 6 hingga 21 Mac sebagai tarikh perbicaraan penuh bagi petisyen berkenaan.
Sebelum ini, Badan Perhubungan UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PR15 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.
Petisyen membabitkan tiga Parlimen itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Topic Berkaitan
#Exco Terengganu
#waran tangkap
#hadir mahkamah
#Mohd Nor Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan