MALAYSIA

Warden penjara ditemukan maut ketika pulang periksa rumah dinaiki air

Bernama 18/12/2025 | 07:50 MYT
Bapa mangsa yang kembali ke rumah menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap di ruang tamu yang dipenuhi air sebelum membawa mangsa ke PPS menggunakan kenderaan sendiri dengan bantuan orang awam. -Foto ihsan orang awam
KUANTAN: Seorang Warden Penjara Penor ditemukan meninggal dunia selepas pulang untuk memeriksa keadaan rumahnya yang dinaiki air di Taman Seri Inderapura di sini awal pagi tadi.


Ringkasan AI
  • Warden Penjara Penor ditemui meninggal dunia selepas pulang memeriksa rumah yang banjir di Taman Seri Inderapura, Kuantan.
  • Muhammad Hariri Kamarudin, 26, keluar sendirian pada 1 pagi untuk melihat keadaan rumah yang dinaiki air sebelum ditemui dalam keadaan tertiarap di rumah keluarganya.
  • Pihak polis mengesahkan kematian itu sebagai kes mati mengejut setelah mayat mangsa tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata mangsa Muhammad Hariri Kamarudin, 26, yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa, dilaporkan keluar bersendirian kira-kira 1 pagi tadi untuk melihat keadaan rumah keluarganya yang dinaiki air sedalam kira-kira satu kaki.

Beliau berkata bapanya telah menghubungi mangsa selepas mendapati Muhammad Hariri masih belum kembali ke PPS hingga 10 pagi tadi, sebelum pulang ke rumah untuk mencari anaknya itu.

"Bapa mangsa yang kembali ke rumah menemukan mangsa dalam keadaan tertiarap di ruang tamu yang dipenuhi air sebelum membawa mangsa ke PPS menggunakan kenderaan sendiri dengan bantuan orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashari berkata pihaknya ke PPS berkenaan pada 11 pagi dan mendapati mangsa berada dalam kenderaan Mitsubishi Triton sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan bedah siasat.

"Mayat mangsa tiba di HTAA pada kira-kira 1 tengah hari dan bedah siasat akan dijalankan pada 2 petang ini. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

-- BERNAMA


Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keadaan rumah keluarga Muhammad Hariri Kamarudin yang menyebabkan beliau keluar bersendirian pada awal pagi?
    A: Rumah keluarga Muhammad Hariri Kamarudin dinaiki air sedalam kira-kira satu kaki.
  • Q: Mengapakah bapanya menghubungi Muhammad Hariri Kamarudin pada pukul 10 pagi?
    A: Bapanya menghubungi Muhammad Hariri Kamarudin kerana beliau masih belum kembali ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) hingga pukul 10 pagi.
  • Q: Bagaimanakah Muhammad Hariri Kamarudin ditemui setelah bapanya pulang ke rumah?
    A: Muhammad Hariri Kamarudin ditemui dalam keadaan tertiarap di ruang tamu yang dipenuhi air sebelum dibawa ke PPS menggunakan kenderaan sendiri dengan bantuan orang awam.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak polis setelah menemui Muhammad Hariri Kamarudin dalam keadaan tersebut?
    A: Pihak polis membawa Muhammad Hariri Kamarudin ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan bedah siasat setelah tiba di PPS pada pukul 11 pagi.
  • Q: Apakah klasifikasi kes kematian Muhammad Hariri Kamarudin berdasarkan pihak polis?
    A: Kes kematian Muhammad Hariri Kamarudin diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



#Muhammad Hariri Kamarudin #warden penjara #Taman Seri Inderapura Kuantan #periksa rumah dilanda banjir