awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Afrika ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala

Astro Awani
Astro Awani
06/03/2014
15:00 MYT
Warga Afrika ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala
Seorang penuntut kolej swasta warga Afrika di Mantin, Negeri Sembilan ditemui maut dipercayai terkena tembakan dalam satu kejadian di tempat letak kereta sebuah Pangsapuri pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning memberitahu Bernama bahawa mayat ditemui di bawah pokok oleh orang ramai yang lalu lalang pada jam 5.30 petang.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan akibat terkena tembakan di bahagian kepala. Polis turut menjumpai dompet dan telefon bimbit berhampiran mayat mangsa.
Mayat warga Afrika itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.
Sementara itu, The New Straits Times melaporkan bahawa mangsa dipercayai terlibat dalam pertengkaran dan dikatakan melarikan diri kira-kira 100 meter sebelum ditembak mati.
Kes disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.
Topic Berkaitan
#Afrika
#bunuh
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan