Warga asing ada permit boleh kembali bekerja, ini lima tumpuan sidang media PKPP

Astro Awani
Julai 16, 2020 06:32 MYT
Berikut lima perkara tumpuan dalam sidang media PKPP oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Warga asing ada permit dibenarkan kembali bekerja apabila sektor mereka dibuka.
Berikut lima perkara tumpuan dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 68 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP. Daripada jumlah itu, 14 individu direman manakala 54 individu dikenakan kompaun.
2. Dari 1 Mei sehingga 15 Julai 2020, seramai 1,623 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), 526 tekong dan 110 penyeludup telah ditahan menerusi Operasi Benteng.
3. Pekerja warga asing yang mempunyai permit dan berada di Malaysia dibenarkan kembali bekerja apabila sektor mereka beroperasi semula.
4. Pengusaha premis makanan perlu memastikan menyediakan pramusaji atau sarung tangan pakai buang bagi kegunaan pelanggan, sekiranya menghidang makanan secara buffet.
5. Setakat 16 Julai 2020, 6.2 juta pengguna telah memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera.
#ismail sabri yaakob #Malaysia #Media #menteri #operasi #pati #PDRM #PKPP #warga asing