MALAYSIA
Warga asing ditahan cabul wanita di tempat letak kereta

Video tular memaparkan tindakan orang awam menangkap suspek dalam kejadian di hadapan Pangsapuri Desa Bestari di Pantai Jerejak. -Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki mencabul seorang wanita di kawasan tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Bayan Lepas pada Ahad lalu.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun ditahan selepas disyaki mencabul seorang wanita berusia 38 tahun di kawasan tempat letak kereta Pangsapuri Desa Bestari, Bayan Lepas.
- Kejadian berlaku pada malam Ahad dan suspek berjaya ditangkap oleh orang awam di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis; kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
- Video kejadian berdurasi 1 minit 10 saat tular di media sosial, dan polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya; penghargaan turut diberikan kepada orang awam yang membantu.
“Suspek yang berusia 24 tahun berjaya ditahan oleh orang awam di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit 10 saat yang memaparkan tindakan seorang lelaki menangkap suspek warga Nepal yang didakwa meraba seorang wanita di hadapan Pangsapuri Desa Bestari di Pantai Jerejak.
Abdul Rozak berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuknya kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Pulau Pinang dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang membantu menahan suspek secara 'red-handed' selepas kejadian tersebut. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami