awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing sanggup lari tinggal isteri ketika diserbu Jabatan Imigresen

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/09/2019
10:01 MYT
Warga asing sanggup lari tinggal isteri ketika diserbu Jabatan Imigresen
Sebahagian daripada warga asing yang ditahan dalam serbuan pihak Jabatan Imigresen Malaysia pada Sabtu. - Foto: Jabatan Imigresen Malaysia
Jabatan Imigresen Perak menahan 54 warga asing dalam Op Bersepadu yang dijalankan beberapa premis kediaman di sekitar Ipoh pada Jumaat.
Pengarah Imigresen Perak, Kamalludin Ismail, dalam operasi dari 10 malam hingga 4 pagi Sabtu, sejumlah 26 premis kediaman telah diserbu.
Menurutnya, seramai 90 orang telah diperiksa terdiri daripada pelbagai warganegara.
“Daripada jumlah tersebut, seramai 54 orang telah ditahan melibatkan 34 lelaki dan 16 wanita warganegara Indonesia, satu wanita warganegara Vietnam dan tiga lelaki Bangladesh yang kesemua berumur antara 21 tahun hingga 55 tahun.
“Ketika serbuan dilakukan ada di antara mereka yang sanggup meninggalkan isteri dengan melarikan diri ke hutan yang berhampiran untuk elak ditangkap,” katanya di sini.
Kamalludin berkata, dalam serbuan di salah sebuah premis kediaman di Chemor, seorang wanita Vietnam bersembunyi di ruang rahsia di dalam sebuah bilik untuk elak daripada ditangkap.
Bagaimanapun, katanya, kecekapan pegawai operasi telah berjaya membongkar tempat persembunyian wanita terbabit.
“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu tidak pulang ke negara asal sejak berkahwin hampir setahun. Wanita tersebut juga gagal mengemukakan pasport kerana disimpan oleh suaminya yang merupakan warganegara Malaysia,” ujarnya.
Katanya, menurut maklumat daripada wanita terbabit, suaminya sedang cuba mendapatkan cop masuk secara tidak teratur dari ejen tertentu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua warga asing itu telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 seperti tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa, tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.
Kamalludin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyewakan premis kediaman mereka kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana boleh didakwa dan disabitkan atas kesalahan melindungi atau membenarkan PATI berada di premis mereka.
Topic Berkaitan
#dokumen perjalanan
#jabatan imigresen
#pati
#rakyat tempatan
#serbuan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan