awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga asing tak pakai pelitup muka marah pengawal keselamatan

Sinar Harian
Sinar Harian
17/04/2022
15:45 MYT
Warga asing tak pakai pelitup muka marah pengawal keselamatan
Pada Ahad, tular video dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dan Twitter yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing tidak memakai pelitup muka dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial
KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki warga asing yang tidak memakai pelitup muka dan didakwa mengeluarkan kata-kata kesat serta isyarat lucah kepada pengawal keselamatan di sebuah pasar raya pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah menjalankan siasatan berhubung video yang tular di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan.
"Selain itu siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pada Ahad, tular video berdurasi 18 saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dan Twitter yang memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing tidak memakai pelitup muka dan menunjukkan isyarat lucah kepada pengawal keselamatan.
Artikel asal di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Karen
#warga asing
#tak pakai pelitup muka
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan