Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya tidak alpa dengan kejayaan yang dikecapi mereka.
Tuanku Abdul Halim bertitah sebaliknya kejayaan tersebut perlu dijadikan sebagai pemangkin dan pemacu untuk bergerak lebih maju ke depan.
"Jaga keutuhan organisasi dan peliharalah kesatuan serta tingkatkan lah semangat patriotisme agar Angkatan Tentera Malaysia menjadi sebuah organisasi yang utuh dan terus menjamin keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat serta sentiasa disegani oleh kawan dan digeruni pihak lawan," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.
Istiadat perbarisan itu diadakan sebagai penghargaan ATM kepada Tuanku Abdul Halim yang juga Pemerintah Tertinggi ATM dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah atas tamat tempoh rasmi perkhidmatan baginda berdua pada 12 Dis ini.
Tuanku Abdul Halim juga merakamkan penghargaannya atas sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi oleh warga ATM semenjak baginda menjawat jawatan Pemerintah Tertinggi ATM bermula dari 2011 sehingga kini.
Baginda juga mengucapkan syabas kepada ATM kerana telah berjaya memastikan sempadan perbatasan negara terpelihara, yang secara tidak langsung menunjukkan ATM berkemampuan tinggi dalam melindungi kedaulatan negara.
Ini terbukti apabila ATM telah berjaya mematahkan pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah pada Mac 2013 dalam misi Operasi Daulat, titah baginda.
Baginda juga bertitah, penglibatan 19 pegawai dan 751 anggota lain-lain pangkat ATM yang sedang berkhidmat di tujuh negara sebagai Pegawai Pemerhati, Pegawai Staf, Pasukan Pengaman dan Tim Bantuan Kemanusiaan turut menunjukkan kemampuan ATM yang telah menerima kepercayaan daripada pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu.
"Berita kejayaan ini dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kemampuan Angkatan Tentera Malaysia dalam menjaga sempadan perbatasan negara dan juga misi serantau," titah baginda.
Baginda juga mengucapkan tahniah kepada ATM yang memenangi anugerah 'The Brandlaureate Transformational Organisation Brand 2015-2016' oleh Asia Pacific Brand Foundation yang melibatkan 60 negara, yang mana penganugerahan ini merupakan pengiktirafan kepada ATM sebagai sebuah organisasi yang berjaya dalam usaha transformasinya dengan mengekalkan indentiti tersendiri dalam mengharungi cabaran yang sentiasa berubah.
Tuanku Abdul Halim yang akan tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Dis ini akan digantikan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Tuanku Abdul Halim telah mencatat sejarah ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali iaitu pada 1970 dan 2012. -- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2016
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan memberi tabik hormat kepada pegawai dan anggota ATM pada Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Kem Perdana Sungai Besi. -Bernama
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).