Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Warga emas 94 tahun gagal tuntut hak milik tanah di Raub

Bernama 21/11/2025 | 08:58 MYT
Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman wanita warga emas 94 tahun berhubung pemilikan tanah 0.1 hektar di Raub. -Gambar hiasan/Pexels
TEMERLOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak tuntutan saman yang difailkan seorang wanita warga emas berusia 94 tahun berhubung pemilikan tanah berkeluasan kira-kira 0.1 hektar, yang didakwa miliknya di Mukim Gali, Raub.


Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman wanita warga emas 94 tahun berhubung pemilikan tanah 0.1 hektar di Raub.
  • Plaintif perlu bayar kos RM10,000 kepada Pentadbir Tanah Daerah Raub dan Pengarah Tanah dan Galian Pahang.
  • Peguam plaintif akan rayu ke Mahkamah Rayuan berkenaan keputusan tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Hakim Roslan Mat Nor yang membuat keputusan itu turut memerintahkan A Sandramadi selaku plaintif, membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Pentadbir Tanah Daerah Raub serta Pengarah Tanah dan Galian Pahang, selaku defendan.

"Mahkamah membuat keputusan ini selepas meneliti keterangan saksi serta dokumen yang dikemukakan kedua-dua pihak.

"Kos berkenaan bukan satu hukuman kepada pihak plaintif, namun mahkamah perlu mempertimbangkan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak defendan dalam mengemukakan pembelaan," kata hakim itu.

Peguam R. Kengadharan yang mewakili plaintif ketika ditemui media berkata pihaknya menghormati keputusan mahkamah dan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Defendan diwakili Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Fathin Nadhirah Kasim.

Pada 2019, ibu kepada 11 anak itu telah membuat tuntutan di mahkamah sama berhubung pemillikan tanah berkeluasan kira-kira 0.1 hektar terbabit namun ditolak dan wanita itu kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pada 2020.

Mahkamah Rayuan memutuskan terdapat merit dalam permohonan berkenaan dan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini untuk dibicarakan.

Media sebelum ini melaporkan, Sandramadi mendakwa sebahagian tanahnya diceroboh pihak ketiga, namun wanita itu terus menetap di situ.

-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi berhubung dengan tuntutan saman wanita warga emas berusia 94 tahun terhadap pemilikan tanah?
    A: Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman wanita warga emas berusia 94 tahun berhubung pemilikan tanah berkeluasan kira-kira 0.1 hektar di Mukim Gali, Raub.
  • Q: Siapakah yang perlu membayar kos sebanyak RM10,000 berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi?
    A: Plaintif, A Sandramadi, perlu membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Pentadbir Tanah Daerah Raub serta Pengarah Tanah dan Galian Pahang, selaku defendan.
  • Q: Mengapakah Mahkamah Tinggi memerintahkan kos sebanyak RM10,000 perlu dibayar oleh plaintif?
    A: Mahkamah perlu mempertimbangkan kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak defendan dalam mengemukakan pembelaan, bukan sebagai hukuman kepada pihak plaintif.
  • Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak plaintif selepas keputusan Mahkamah Tinggi?
    A: Peguam plaintif, R. Kengadharan, akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi menolak tuntutan saman.
  • Q: Apa yang dilaporkan oleh media sebelum ini berkenaan dengan tuntutan wanita warga emas terhadap pemilikan tanah?
    A: Media melaporkan bahawa sebahagian tanah milik Sandramadi didakwa diceroboh pihak ketiga, tetapi wanita itu tetap menetap di situ.



#Mahkamah Tinggi #warga emas #pemilikan tanah #Raub #A Sandramadi