MALAYSIA
Warga emas antara lima terperangkap banjir di Kedah
Setakat semalam, paras air di Kampung Muhibbah, Kampung Tengah Malau dan Kampung Kemunting Baru menunjukkan trend menurun manakala di Kampung Paya Tok Teh, paras air dilihat semakin meningkat. - Foto APM Daerah Kubang Pasu
ALOR SETAR: Seorang warga emas antara lima individu yang diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terperangkap di dalam rumah akibat banjir kilat yang berlaku di Kampung Machang Kudung, Pokok Sena, dekat sini semalam.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung dengan kejadian itu pada 6.38 petang semalam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena tiba kira-kira 15 minit kemudian.
"Berlaku banjir kilat di lokasi kejadian akibat hujan lebat dan dimaklumkan terdapat lima mangsa yang terperangkap di dalam rumah. Mangsa merupakan seorang warga emas wanita, tiga lelaki dan seorang remaja perempuan yang dianggarkan berusia antara 18 hingga 72 tahun.
"Anggota bomba telah membantu memindahkan kesemua mangsa ke tempat yang selamat, iaitu di rumah jiran berdekatan. Pemantauan lanjut juga mendapati keadaan paras air telah menurun," katanya.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd Adenin Suhaimi dalam kenyataan berkata sebanyak 29 rumah di Mukim Naga dan Malau di daerah itu terlibat banjir berikutan hujan lebat sejak 2 petang semalam.
"Rumah yang terjejas akibat banjir ini melibatkan di Kampung Muhibbah, Kampung Paya Tok Teh, Kampung Tengah Malau dan Kampung Kemunting Baru. Jumlah mangsa yang terlibat masih dalam bancian, bagaimanapun belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka setakat ini.
"Paras air di Kampung Muhibbah, Kampung Tengah Malau dan Kampung Kemunting Baru menunjukkan trend menurun manakala di Kampung Paya Tok Teh, paras air dilihat semakin meningkat. Kita akan menasihati penduduk supaya berpindah ke PPS jika keadaan semakin buruk," katanya.
-- BERNAMA