awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas berputih mata, rugi lebih RM540,000 ditipu 'phone scam'

Bernama
Bernama
10/01/2024
04:55 MYT
Warga emas berputih mata, rugi lebih RM540,000 ditipu 'phone scam'
Kamarul Zaman berkata polis menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama dalam urusan melibatkan transaksi kewangan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga emas berputih mata apabila kerugian RM540,047.97 selepas menjadi mangsa penipuan phone scam yang mendakwa nama mangsa terdapat dalam rekod jenayah.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pesara syarikat swasta berusia 75 tahun itu menerima panggilan telefon melalui aplikasi WhatsApp pada November tahun lepas yang disambungkan kepada seorang individu mendakwa dirinya anggota polis.
"Individu itu memberitahu terdapat rekod jenayah didaftarkan atas nama mangsa dan panggilan seterusnya disambungkan kepada individu lain yang memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis menyatakan pengadu akan ditangkap dan direman.
"Mangsa seterusnya ditawarkan untuk membuat laporan secara dalam talian, disebabkan takut mangsa telah mengikut arahan suspek dengan mengeluarkan wang daripada akaun miliknya dan memasukkan wang itu ke dalam akaun lain yang juga milik mangsa berjumlah RM543,000 bagi menyelesaikan kes berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman berkata mangsa juga telah mengikut arahan suspek untuk meletakkan dan meninggalkan kad mesin juruwang automatik (ATM) berserta nombor pin akaun yang mempunyai RM543,000 di satu lokasi yang diarahkan.
Beliau berkata pada mulanya, mangsa tidak merasa curiga, namun pada awal bulan ini, lelaki itu mulai risau apabila semakan dalam akaun banknya mendapati terdapat transaksi pindahan keluar wang ke beberapa penama yang tidak dikenali dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM540,047.97.
"Pengadu syak telah ditipu dan kemudian membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.
Kamarul Zaman berkata polis menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga terutama dalam urusan melibatkan transaksi kewangan selain disarankan mengikuti laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti Facebook, Instagram dan TikTok bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan modus operandi jenayah komersial.
"Selain itu, orang ramai diseru agar menggunakan perkhidmatan dalam talian 'semak mule' sebelum membuat sebarang pembayaran serta muat turun aplikasi 'whoscall' bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan, sekiranya telah menjadi mangsa penipuan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) melalui talian 997 dengan seberapa segera," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini mengenai penipuan di Malaysia di sini
Topic Berkaitan
#lubuk scam
#warga emas
#phone scam
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan