BUTTERWORTH: Seorang warga emas berusia 74 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 17 pertuduhan rogol dan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak yang juga adik beradik sejak 2014.
Tertuduh, Ashaari Ibrahim yang berbaju Melayu kelabu dan berkain pelikat dihadapkan di dua mahkamah berasingan.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh antara 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018 dituduh merogol kanak-kanak berusia tujuh tahun yang juga adik mangsa di sebuah rumah di Kampung Setol, Jalan Baru Prai, Bukit Mertajam.
Sabit kesalahan, tertuduh yang juga guru mengaji dua kanak-kanak itu boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1)(e) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara 20 tahun serta boleh disebat.
Dalam tempoh sama, tertuduh turut berdepan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa di rumah sama dengan kejadian terakhir berlaku antara 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2020.
Berikutan itu, tertuduh berdepan tuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan minta dibicarakan.
Noor Aini mengarahkan tiada jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Julai depan untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu, di mahkamah berasingan, tertuduh antara 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014 dituduh merogol kakak mangsa yang ketika itu berusia lima tahun di lokasi sama.
Tertuduh turut berdepan tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan kejadian terakhir pada Mac 2021 ketika mangsa berusia 11 tahun.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohd Yunus dan minta dibicarakan.
Timbalan Pendakwa Raya, Aisyah Al Humairah Kamaruzaman memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh dijamin kerana dibimbangi akan mengganggu mangsa dan 10 kanak-kanak lain.
Ketika diberi peluang membuat rayuan, tertuduh merayu diberikan jaminan atas alasan isterinya tidak sihat.
Bagaimanapun, Norhayati mengarahkan tiada jaminan dikenakan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Julai depan untuk serahan laporan perubatan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Jun 29 2022

Warga emas berusia 74 tahun, Ashaari Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 17 pertuduhan rogol dan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak yang juga adik beradik sejak 2014. - Gambar Astro AWANI

Isu LCS | Syor penubuhan RCI dibawa ke Kabinet
Kementerian Pertahanan akan mengemukakan kepada Kabinet berhubung syor penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal pembelian kapal tempur pesisir (LCS). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan tersebut ketika menjawab usul berkaitan projek pembinaan LCS yang dibawa oleh senator lim hui ying di Dewan Negara pada Selasa.

Projek Lantanid | Perak dapat kebenaran rancang lombong Lantanid
Projek melombong Nadir Bumi Lantanid di Hulu Perak telah mendapat kebenaran merancang daripada daripada Majlis Daerah Gerik. Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menjelaskan kebenaran yang diperolehi itu adalah bersyarat.

Isu Kewarganegaraan | Wan Junaidi akan jumpa NGO dan 6 wanita Malaysia
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan enam wanita Malaysia mengenai isu kewarganegaraan anak-anak mereka.

RUU Antilompat Parti | Dipersembah kepada Agong dalam masa terdekat
Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022, mengenai larangan ahli Parlimen bertukar parti akan dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa terdekat untuk diperkenan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata selepas diperkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pelaksanaan RUU itu akan digazetkan mengikut garis masa yang disasarkan iaitu minggu pertama September.

10 Berita Pilihan - (16 Ogos 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Ogos 2022.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

CEO Pfizer disah positif COVID-19
Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc. Albert Bourla mendedahkan beliau disahkan positif COVID-19 dan sedang menerima rawatan menggunakan ubat antiviral Paxlovid dihasilkan syarikatnya.

Pekerja kontrak maut dihempap dinding runtuh
Pekerja kontrak maut akibat dihempap dinding batu ketika sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian bangunan di ladang kelapa sawit di Springhill Port Dickson, petang Selasa.

Isteri Presiden AS, Jill Biden positif COVID-19
Jill Biden disahkan positif ketika sedang bercuti bersama keluarganya di South Carolina, AS.

"Painah ditemukan lemah bersama secekak lidi" - Warga emas hilang berjaya diselamat
Warga emas yang dilaporkan hilang di kebun sawit Kampung Parit Kasih Sayang di Senggarang, dekat sini sejak lima hari lalu, ditemui selamat, pada Isnin.

Warga emas maut terjatuh dalam gaung ketika mendaki
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang, lelaki berusia 70 tahun itu cedera parah sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ibu hilang dalam kebun sawit
Painah Siwan yang berusia 79 tahun dikatakan pergi ke kebun sawit berhampiran rumahnya pada jam 3.30 petang.

Prosedur bedah siasat, penyimpanan mayat warga emas dilapor hilang ikut polisi KKM
Prosedur tersebut telah dimaklumkan secara lisan kepada waris yang hadir semasa proses pengecaman.

Polis tahan wanita warga emas dera anak angkat
Wanita itu disyaki mendera anak angkatnya secara mengheret kanak-kanak itu dengan menarik rambutnya, di atas jalan berhadapan rumahnya di Tanjung Sepat, Kuala Langat.

Bomba berjaya pujuk warga emas cuba terjun jambatan
Anggota bomba yang tiba akhirnya berjaya memujuk lelaki itu supaya tidak meneruskan niatnya.

Warga emas OKU hilang, ditemukan mati di Sungai Sarawak
Misteri kehilangan warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) pada 9 Ogos lalu terjawab apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Sarawak berhampiran Kampung No. 6, Kuching pada Khamis.

Warga emas nyanyuk pandu kereta lawan arus
Tindakan diambil terhadap lelaki berusia 83 tahun itu mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Warga emas cedera disamun
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di tangan kiri.

Warga emas ditetak anak saudara mengamuk
Ketika kejadian, suspek mengganggu penduduk dengan membaling batu dan kayu beruti ke rumah penduduk di kawasan tersebut tanpa sebab.