MALAYSIA
Warga emas didakwa bunuh penghuni rumah orang tua di Pulau Pangkor
Ong Thean Sun (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Selasa.
MANJUNG: Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Selasa atas pertuduhan membunuh seorang penghuni rumah warga tua di Pulau Pangkor, minggu lalu.
Ringkasan AI
Tertuduh, Ong Thean Sun, 73, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid.
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Tan An Man, 73, di Pertubuhan Pengurusan Rumah Warga Tua Pangkor, Sungai Pinang Kecil antara jam 12.40 tengah hari hingga 1 petang pada 17 September lalu.
Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 24 November depan sebagai sebutan semula kes.
Terdahulu, media melaporkan, mangsa yang mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Siasatan awal mendapati, tertuduh dan mangsa terlibat dalam pergaduhan, namun motif kejadian masih dalam siasatan. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 73 tahun, Ong Thean Sun, didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung atas pertuduhan membunuh Tan An Man, 73, di rumah warga tua Pangkor pada 17 September lalu. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
- Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
- Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan teruk di kepala selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan tertuduh. Motif kejadian masih dalam siasatan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 24 November.