awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas didakwa dera anjing

Sinar Harian
Sinar Harian
08/06/2023
06:20 MYT
Warga emas didakwa dera anjing
Chok Boon Kwong, 61, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed selepas kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pertuduhan mendera seekor anjing dengan kejam bulan lalu.
Chok Boon Kwong, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed selepas kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin.
Mengikut pertuduhan, dia dengan kejamnya telah mengikat seekor anjing dan mengheretnya dengan menggunakan kereta sehingga menyebabkan kesakitan kepada haiwan terbabit.
Kesalahan itu dilakukan pada 27 Mei 2023 jam lebih kurang 6.45 petang di jalan hadapan rumah di Kampung Sri Parit, Lukut di Port Dickson.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin.
Peguam Nashvinder Singh Gill meminta anak guamnya diberi jaminan RM5,000 kerana dia tidak lagi bekerja selain telah memberi kerjasama kepada pihak polis sepanjang proses siasatan dan mahkamah.
Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dan sebutan semula kes 11 Julai depan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Boon Kwong ditahan pada 29 Mei lalu susulan laporan dibuat oleh seorang lelaki berusia 44 tahun.
Lelaki itu mendakwa telah melihat seekor anjing telah diperlakukan dengan kejam sehingga cedera dan berdarah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dera anjing
#warga emas
#mahkamah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan