MALAYSIA
Warga emas didakwa rogol anak teman wanita, ibu mangsa dituduh subahat
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan teman wanitanya di sebuah rumah, tahun lepas. - Foto Bernama
AMPANG: Seorang lelaki warga emas dan kekasihnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan bersubahat dan merogol anak kandung perempuan teman wanitanya, pertengahan tahun lalu.
Ringkasan AI
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang merupakan seorang peniaga yang berusia 61 tahun, merogol mangsa yang berusia 12 tahun empat bulan ketika kejadian di sebuah rumah di Hulu Langat, pada pukul 4 petang, pada sekitar pertengahan tahun lalu.
Lelaki itu didakwa di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) kanun yang sama.
Manakala teman wanitanya yang merupakan seorang pengawal keselamatan yang berusia 37 tahun, didakwa telah bersubahat dengan Azman untuk merogol anak kandung perempuannya pada hari dan tempat yang sama.
Wanita itu pula didakwa di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca Bersama Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376(1) Kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh dikenakan denda hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairul Iqram Hairuddin tidak menawarkan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh atas alasan bimbang akan memberikan gangguan kepada mangsa.
"Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kedua-dua tertuduh ada hubungan dan mangsa merupakan anak kandung kepada teman wanitanya dan khuatir jika memberikan gangguan kepada mangsa.
"Mangsa juga difahamkan tidak lagi menetap bersama ibunya lagi dan tinggal di rumah bersama ibu saudaranya sekarang," katanya.
Bagaimanapun, Hakim Norshila Kamaruddin tidak memberikan sebarang jaminan kepada kedua-dua tertuduh memandangkan tiada penjamin yang hadir ke mahkamah hari ini bagi urusan jaminan.
Mahkamah kemudian menetapkan 7 Ogos bagi serahan dokumen dan sebutan untuk lantikan peguam.
Pada 28 Jun lalu, media melaporkan, seorang ibu membiarkan teman lelaki mencabul dan merogol remaja perempuan itu di kediaman mereka.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kejadian pertama berlaku pada pertengahan tahun 2024, jam 4 petang ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik tidur ibunya.
Menurutnya, mangsa terjaga apabila berasa ada orang menyentuhnya dan sebaik membuka mata, dia melihat ibunya bersama teman lelaki berada di sebelah.
Kemudian pada 25 Jun lalu, mangsa melihat mesej antara ibu dan teman lelakinya yang merancang untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa di sebuah hotel.
Ringkasan AI
- Dua individu, seorang warga emas dan kekasihnya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol dan bersubahat merogol anak perempuan kekasih tertuduh yang ketika itu berumur 12 tahun.
- Pendakwaan tidak menawarkan jaminan, memetik kebimbangan bahawa kedua-dua tertuduh mempunyai hubungan rapat dengan mangsa dan boleh mengganggu proses siasatan.
- Mahkamah menetapkan 7 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes, dengan dokumen akan diserahkan dan peguam dilantik. Mangsa kini dilaporkan tinggal bersama ibu saudara.