awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas didakwa rogol dua pekerja sambilan hotel

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2023
08:38 MYT
Warga emas didakwa rogol dua pekerja sambilan hotel
Seorang kakitangan kontrak sebuah hotel mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol dua pekerja sambilan di premis kerjanya.
KUALA TERENGGANU: Seorang kakitangan kontrak sebuah hotel mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol dua pekerja sambilan di premis kerjanya.
Pengakuan itu dibuat tertuduh yang berusia 61 tahun, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Nooriah Osman.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 18 tahun 7 bulan di sebuah hotel di daerah ini.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 6.30 petang hingga 10 malam pada 27 Disember 2022.
Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol seorang lagi mangsa yang berusia 16 tahun 3 bulan di lokasi, masa dan tarikh sama.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 21 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hayyi Salim.
Topic Berkaitan
#warga emas
#rogol
#dua pekerja hotel
#rogol di hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan