PETALING JAYA: Warga emas berusia 65 tahun dan ke atas digesa untuk mencegah influenza dengan mendapatkan vaksin terhadap penyakit itu setiap tahun bagi mengurangkan risiko penyakit teruk, dimasukkan ke hospital dan kematian.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) melaporkan influenza sebagai penyakit pernafasan yang boleh menyerang sehingga 70 peratus penghospitalan dan sehingga 85 peratus kematian.
Justeru, katanya, pencegahan influenza turut tersenarai sebagai salah satu tabiat gaya hidup yang disyorkan untuk warga emas, bagi membantu mengekalkan kesihatan, kebolehan berdikari serta meningkatkan kualiti hidup mereka.
“Saya menggesa warga emas untuk mencegah influenza dengan mendapatkan vaksin terhadap penyakit tersebut setiap tahun.
“Memetik pernyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), vaksinasi influenza ialah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan risiko penyakit teruk, penghospitalan dan kematian.
“Saya juga mengingatkan orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengikut kesesuaian seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan kerap dan menjauhi mereka yang menunjukkan simptom-simptom penyakit pernafasan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada pelancaran kempen Mencegah Influenza Pada Usia Menjangkau 65 Tahun anjuran program Immunise4Life (IFL), di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal IFL, Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail berkata,
bagi warga emas, vaksinasi influenza tahunan telah terbukti dapat mengurangkan risiko penghospitalan dan kematian sebanyak lebih 40 peratus.
“Selain itu, suntikan tahunan juga memberi manfaat kepada mereka yang menghidap diabetes dengan mengurangkan risiko strok (sebanyak 30 peratus), kegagalan jantung (22 peratus) dan serangan jantung (19 peratus).
“Manakala, bagi pesakit jantung, vaksinasi influenza mengurangkan kemungkinan peristiwa kardiovaskular utama (sebanyak 36 peratus). Kemungkinan mengalami kematian berkurang sebanyak 18 peratus dalam kalangan orang yang mengalami kegagalan jantung.
“Individu yang baru sahaja mengalami sindrom koronari akan dapat mengurangkan risiko kesan buruk sebanyak 45 peratus,” katanya.
Tambah Zulkifli, warga emas juga dinasihati untuk mengamalkan sikap yang proaktif dan tidak memandang rendah terhadap kesan jangka panjang influenza.
“Jangan tunggu wabak untuk mendapatkan suntikan influenza. Sebaliknya, jadikan pengambilan vaksin sebagai komitmen tahunan.
“Jangan memandang rendah terhadap influenza kerana hanya satu jangkitan sahaja boleh menyebabkan anda dan orang yang anda sayangi mengalami kesan jangka panjang yang teruk,” jelasnya.
Zulkifli turut berharap agar Malaysia mencontohi negara lain dalam menawarkan vaksin influenza percuma kepada kumpulan berisiko tinggi, termasuk warga emas.
Kempen Mencegah Influenza pada Usia Menjangkau 65 Tahun ialah fasa keempat dalam inisiatif 'Flu Prevention is an Act of Love' (AOL) yang dilancarkan pada 2019.
Untuk maklumat lanjut tentang pencegahan influenza untuk warga emas, boleh melayari https://actoflove.ifl.my/warga-emas.
Ehsan A Marisah
Wed Sep 07 2022
Majlis Pelancaran kempen Mencegah Influenza Pada Usia Menjangkau 65 Tahun anjuran program Immunise4Life (IFL). - Foto Astro AWANI
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Kerajaan lulus pemberian vaksin D-TaP kepada ibu mengandung akhir tahun ini
Kerajaan meluluskan pelaksanaan pemberian vaksin kombinasi difteria-tetanus-pertussis (D-TaP) kepada ibu mengandung bermula hujung tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Vaksin influenza terhadap golongan berisiko hindari komplikasi radang paru-paru
Pemberian vaksin influenza kepada rakyat terutama golongan berisiko akan melindungi mereka daripada komplikasi teruk seperti radang paru-paru yang boleh mengancam nyawa.
KKM kaji keperluan vaksin influenza kepada golongan berisiko
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji keperluan pemberian vaksin influenza kepada rakyat terutama golongan berisiko sekiranya diperlukan.
Jemaah Menteri, Ahli Parlimen disaran jalani saringan kesihatan setahun sekali
Anggota Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen disarankan menjalani saringan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali, bagi memastikan kesihatan mereka dalam keadaan baik.
KKM perhalus beri suntikan vaksin influenza percuma buat warga emas
Ia merupakan sebahagian usaha pihaknya ke arah persediaan Malaysia menghadapi negara menua pada 2030.
Warga emas digesa ambil vaksin influenza, elak risiko tidak diingini
Pencegahan influenza turut tersenarai sebagai salah satu tabiat gaya hidup yang disyorkan untuk warga emas.
Singapura benarkan semula penggunaan dua vaksin influenza
Kementerian Kesihatan negara itu sebelum ini bertindak menghentikan penggunaan vaksin itu susulan kes kematian yang dilaporkan di Korea Selatan.
UMSC sediakan 200 vaksin influenza percuma kepada barisan hadapan
Tahun ini UMSC memutuskan untuk memperluas inisiatif dengan melibatkan penunggang Foodpanda dan pasukan komuniti Make It Right Movement.
Pembekal swasta kehabisan stok vaksin, 100,000 dos ditambah bulan ini - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui stok simpanan oleh pembekal swasta vaksin influenza telah habis pada ketika ini.