Warga emas dijumpai mati tergantung di bawah jejantas Segambut

Astro Awani
Januari 6, 2021 21:18 MYT
Mayat seorang warga emas dijumpai tergantung di bawah jejantas berhampiran Stesen Komuter Segambut malam tadi. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Mayat seorang warga emas dijumpai tergantung di bawah jejantas berhampiran Stesen Komuter Segambut malam tadi.
Kejadian disedari kira kira jam 9.30 malam oleh orang awam yang kemudiannya menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan kejadian.
Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 88 tahun itu tinggal bersama anak-anaknya di kawasan perumahan berhampiran.
Mangsa dilapor mengalami tekanan perasaan.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.


Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma. 

#warga emas #tergantung bawah jejantas #tekanan perasaan #Beh Eng Lai #Stesen Komuter Segambut