MALAYSIA
Warga emas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Muar
Seorang lelaki warga emas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Muar dari atas jambatan di Jalan Panchor-Grisek, pagi tadi. - Foto IPD Tangkak/via Sinar Harian
TANGKAK: Seorang lelaki warga emas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Muar dari atas jambatan di Jalan Panchor-Grisek, dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 8.54 pagi daripada anak mangsa.
Beliau berkata lelaki berusia 62 tahun berkenaan keluar seorang diri dari rumah mereka di Kampung Parit Tunggul, Kundang Ulu sekitar 6 pagi dengan memakai baju kemeja corak kotak berlengan pendek dan kain pelekat berwarna biru.
"Mangsa keluar menaiki kereta jenis Mazda CX5 berwarna kelabu yang kemudian ditemukan orang awam di atas jambatan selepas seorang daripada anak mangsa gagal menghubunginya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Roslan berkata panggilan telefon kepada warga emas itu dijawab oleh orang awam yang menemukan kenderaan berkenaan, sebelum anak mangsa mengesyaki bapanya telah terjatuh ke dalam sungai.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan selepas laporan diterima membabitkan polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.
"Sehingga kenyataan ini dikeluarkan pada 9 malam, mangsa masih belum ditemukan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang. Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian ini," katanya.
-- BERNAMA