BATU PAHAT: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan tidak pulang ke rumah malam tadi ditemukan lemas dalam parit di Kampung Parit Betong dekat sini pada 11.54 pagi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu dan bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata operasi mengeluarkan mayat mangsa, Jamyah Abd Halim, 73, dilakukan dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah kenderaan utiliti Hilux dan dua unit kenderaan khas Bermotor Bomba (RIM) membabitkan 10 anggota.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati mangsa berada di dalam parit sedalam lima kaki dan usaha mengeluarkan mangsa dilakukan dalam masa lima minit oleh anggota bertugas.
"Kami memakai pakaian pelindung diri setelah mengetahui yang mangsa merupakan 'Individu Di Bawah Pengawasan (PUS)' dan menyerahkan mangsa kepada polis untuk tindakan selanjutnya," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Firdaus juga berkata orang ramai telah melakukan pencarian sejurus dimaklumkan oleh keluarga mangsa apabila menyedari warga emas itu tidak pulang ke rumah.
Beliau berkata operasi tamat pada 12.39 tengah hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
Seorang wanita warga emas yang dilaporkan tidak pulang ke rumah malam tadi ditemukan lemas dalam parit di Kampung Parit Betong dekat sini pada 11.54 pagi. - Foto JBPM
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Sungai Baron
Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung tanpa pakaian di tebing Sungai Baron, Sarikei hari ini.
Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.
Mayat wanita warga emas ditemukan terapung
Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung bersama jala di tangannya di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman, Pasir Puteh.
Pesara wanita rugi RM113,850 akibat 'phone scam'
Seorang wanita warga emas menjadi mangsa terbaru dengan panggilan penipuan (phone scam) di Perak apabila mengalami kerugian RM113,850 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan penghantaran barang di T
Wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Baling
Seorang wanita warga emas ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya berhampiran Taman Seri Baling terlibat dalam kebakaran pada kira-kira 12 tengah malam tadi.
Rumah terbakar: Wanita warga emas maut di Felca Lubuk Sireh
Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di FELCRA Lubuk Sireh hari ini.
Warga emas maut motosikal rempuh kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah kereta.
Duda dipenjara tiga tahun samun wanita warga emas di dobi layan diri
"Cuba bayangkan kalau mangsa itu adalah ibu kamu sendiri yang direntap." - Hakim
Warga emas rugi RM426,450 diperdaya Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian sebanyak RM426,450 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa mangsa terbabit dengan jenayah dadah dan menipu seorang bergelar 'Datuk Seri'.
Wanita warga emas rugi RM134,503 ditipu Macau Scam
Seorang wanita warga emas kerugian RM134,503 kerana menjadi mangsa sindiket Macau Scam yang mendakwa dia membuat pembelian wang digital bitcoin dalam kejadian baru-baru ini.