awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditahan cabul anak jiran usia enam tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2025
01:45 MYT
Warga emas ditahan cabul anak jiran usia enam tahun
Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes. - Gambar hiasan
MELAKA: Lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak jirannya yang berusia enam tahun pada Isnin lalu. Gambar hiasan Lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak jirannya yang berusia enam tahun pada Isnin lalu. Gambar hiasan
Lelaki warga emas ditahan selepas dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak jirannya yang berusia enam tahun pada Isnin lalu.
Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, suspek berusia 67 tahun ditahan oleh Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka selepas bapa kanak-kanak perempuan itu membuat laporan polis.
Menurutnya, kejadian yang menimpa mangsa itu terbongkar selepas mangsa anak kedua daripada tiga beradik menceritakan perbuatan suspek kepada bapanya berusia 31 tahun pada malam hari yang sama.
Katanya, berdasarkan maklumat suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut ketika kanak-kanak itu sedang bermain di halaman rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Alor Gajah.
"Difahamkan bapa mangsa pergi ke rumah warga emas berkenaan selepas mendengar cerita tersebut.
"Suspek mengaku telah mencabul mangsa di hadapan rumahnya ketika tiada individu lain di situ dan bapa mangsa kemudian ke Balai Polis Alor Gajah untuk membuat laporan,” katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.
Tambahnya suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Media pada Selasa menyiarkan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun direman tujuh hari selepas disyaki mencabul sepupu perempuannya berusia lima tahun di rumah ibu bapanya di Bukit Rambai di sini, pada 30 November lalu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga emas
#cabul
#Kanak-kanak
#anak jiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan