awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditahan rogol cucu perempuan usia 15 tahun

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
01/02/2020
11:14 MYT
Warga emas ditahan rogol cucu perempuan usia 15 tahun
Lelaki berusia 66 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan terkutuk berkenaan sejak mangsa berusia sembilan tahun.
Seorang lelaki warga emas tergamak menjadikan cucu perempuannya yang berusia 15 tahun sebagai tempat melampiaskan nafsu.
Lelaki berusia 66 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan terkutuk berkenaan sejak mangsa berusia sembilan tahun.
Suspek terbabit bagaimanapun sudah ditahan di sebuah rumah berhampiran Menggatal, jam 2 petang Sabtu selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada 29 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, perkara itu terbongkar apabila ibu mangsa menyedari anaknya menangis di biliknya baru-baru ini.
"Ibu mangsa kemudian bertanya berulang kali menyebabkan mangsa menceritakan dia dirogol oleh datuknya pada pagi 26 Januari lalu.
"Hasil siasatan mendapati mangsa mendakwa pernah dirogol beberapa kali oleh suspek," katanya.
Menurut Habibi yang dalam kenyataan medianya hari ini berkata, suspek dipercayai merogol mangsa di rumahnya ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja.
"Mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut.
"Kita turut menahan suspek di rumahnya kira-kira jam 2 petang tadi untuk tujuan siasatan," katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
Topic Berkaitan
#15 tahun
#cucu perempuan
#datuk rogol cucu
#Polis Daerah Kota Kinabalu
#rogol
#sumbang mahram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan