awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemui mati ketika tunggu giliran di JPJ Bangi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/09/2021
11:49 MYT
Warga emas ditemui mati ketika tunggu giliran di JPJ Bangi
Mohd Zaid Hassan memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.21 pagi yang memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu kaunter. - Gambar hiasan
KAJANG: Seorang warga emas ditemui mati ketika sedang menunggu giliran di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bangi, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.21 pagi yang memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu kaunter terbabit.
"Pasukan ambulans yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Mohd Zaid memberitahu, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Mayat lelaki yang berusia 76 tahun itu katanya, dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi pegawai penyiasat kes atau balai polis berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#warga emas ditemui mati
#JPJ Bangi
#SDR
#kaunter menunggu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan