awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas ditemukan lemas selepas hilang semasa cuba selamatkan dua rakan

Bernama
Bernama
03/09/2023
16:51 MYT
Warga emas ditemukan lemas selepas hilang semasa cuba selamatkan dua rakan
Arshad berkata mayat Haudi Sujai, 63, ditemukan kira-kira pukul 3 petang Ahad, terapung tidak jauh dari lokasi dia dikatakan hilang. - Gambar hiasan/Pexels
ALOR GAJAH: Seorang warga emas ditemukan lemas, selepas hilang dibawa arus semasa dia cuba menyelamatkan dua rakannya yang hampir lemas di Pantai Cermin, Kuala Sungai Baru di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata mayat Haudi Sujai, 63, ditemukan kira-kira pukul 3 petang Ahad, terapung tidak jauh dari lokasi dia dikatakan hilang.
Beliau berkata kejadian bermula sekitar pukul 11 pagi semasa Haudi bersama dua rakannya sedang memancing sekitar Pantai Pulau Masjid apabila air mulai pasang, dan dua rakannya itu hampir lemas apabila dibawa arus deras.
"Warga emas itu dipercayai cuba membantu (rakan), namun arus air yang kuat menyebabkan lelaki itu terus dihanyutkan, manakala dua rakannya berjaya diselamatkan orang kampung," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Arshad berkata Haudi bersama tujuh lagi rakannya dari Balakong, Selangor datang ke Pantai Cermin sejak pukul 10 pagi Jumaat untuk memancing di kawasan berkenaan.
"Warga emas itu dibawa ke pantai dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan sebelum dirujuk ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#warga emas
#lemas
#orang kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan