MALAYSIA

Warga emas ditemukan lemas selepas jatuh laut ketika bersihkan kipas bot

Bernama 21/09/2025 | 10:45 MYT
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 17 anggota bomba dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA). - Foto Bernama
PONTIAN: Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam laut di sebuah jeti nelayan di Jalan Tambak-Pontian Kecil di sini, hari ini.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke laut ketika membersihkan bilah kipas bot di jeti nelayan Jalan Tambak-Pontian Kecil.
  • Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 17 anggota bomba dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), dan mayat mangsa ditemukan kira-kira 10 meter dari jeti pada jam 3.25 petang.
  • Mayat mangsa dibawa naik dengan bantuan rakan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru Penolong Kanan Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 12.02 tengah hari.

"Lelaki warga tempatan berusia 65 tahun dipercayai jatuh ketika membuat kerja pembersihan bilah kipas bot," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahadir berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 17 anggota BBP Pontian Baru dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Kluang.

Sementara itu, Mahadir berkata mangsa ditemukan kira-kira 10 meter dari jeti pada 3.25 petang.

"Mayat dibawa naik oleh pasukan bomba dengan bantuan rakan mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

-- BERNAMA




#warga emas #jatuh laut #bersihkan kipas bot #Pontian