awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas hampir dirogol warga asing

Sinar Harian
Sinar Harian
26/04/2021
23:45 MYT
Warga emas hampir dirogol warga asing
Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila hampir dirogol seorang lelaki warga asing yang menceroboh rumahnya di Taman Skudai. -Gambar hiasan
ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita warga emas berdepan detik cemas apabila hampir dirogol seorang lelaki warga asing yang menceroboh rumahnya di Taman Skudai di sini, pada Selasa.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa merupakan suri rumah berumur 65 tahun sedang tidur sebelum terdengar bunyi orang membuka tingkap biliknya.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata mangsa mendapati seorang lelaki bangsa asing, berkulit gelap tidak memakai baju dan hanya memakai seluar dalam sedang berdiri di hadapan katilnya sambil memegang sebatang besi.
"Suspek mengarahkan mangsa supaya diam dan menanggalkan pakaian kerana suspek hendak merogolnya.
"Mangsa yang dalam ketakutan hanya menurut apa yang disuruh.
"Suspek telah cuba untuk merogol mangsa namun tidak berjaya.
"Suspek hanya mengeluarkan air mani di atas tilam pengadu," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Menurut Dzulkhairi, suspek juga memaksa pengadu supaya menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 sebelum beredar.
"Berdasarkan maklumat dan risikan yang dibuat, seorang suspek lelaki warga Bangladesh berumur 26 tahun dan dan dua lelaki warga Myanmar berumur 21 dan 26 tahun ditahan pada jam 2.30 petang pada Selasa.
"Kedua-dua lelaki warga Myanmar itu ditahan kerana cuba melarikan diri dan disyaki bersubahat dengan suspek.
"Kesemua mereka bekerja sebagai buruh binaan.
"Polis turut merampas beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan untuk tujuan samun antaranya sebatang besi, besi pengumpil, sehelai 'boxer' berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit," katanya.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan, Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.
"Suspek dan dua lagi rakannya akan di bawa ke mahkamah Johor Bahru untuk proses permohonan tahanan reman," katanya.
Berita asal: Warga emas hampir dirogol warga asing
Topic Berkaitan
#warga emas
#Taman Skudai
#warga asing
#Suri Rumah
#Dzulkhairi Mukhtar
#rogol
#samun
#besi pengumpil
#boxer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan