awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas hilang ditemui terperosok di celah batu cerun bukit

Bernama
Bernama
30/05/2025
15:23 MYT
Warga emas hilang ditemui terperosok di celah batu cerun bukit
Teh Seng Keat, 78, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam kawasan cerun itu. - Foto Sinar Harian
BALIK PULAU: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemui terperosok di celah batu di cerun bukit kira-kira 30 meter dari tebing di kawasan Bukit Titi Serong di sini, hari ini.
Teh Seng Keat, 78, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam kawasan cerun itu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 4.08 petang hari ini yang memaklumkan terdapat sebuah kereta telah terbabas di kawasan tersebut.
"Sebaik bomba tiba mendapati terdapat sebuah kereta telah terjatuh ke dalam cerun dengan ketinggian 30 meter dan pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki warga emas terperosok di celah batu di situ tidak jauh dari kenderaan tersebut," katanya kepada Bernama malam ini.
Beliau berkata mangsa yang mengalami luka-luka termasuk pada badan dan tangan serta dalam keadaan letih diselamatkan pihaknya sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.
Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki memohon bantuan orang ramai untuk mengesan bapanya yang dilaporkan hilang sejak 5.30 petang semalam selepas keluar memandu kereta.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#Teh Seng Keat
#hilang
#cerun bukit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan