SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang hilang sejak semalam ditemukan lemas di Sungai Mahsan, Jempol dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata mayat mangsa dijumpai terapung pada 4.55 petang lima kilometer dari pos kawalan operasi yang dibuka oleh polis dan bomba berdekatan lokasi kejadian semalam.
"Warga emas itu disedari keluar rumah pada kira-kira 1.30 pagi namun tiga jam kemudian, anak mangsa mendapat panggilan telefon daripada bapa saudaranya yang memaklumkan menjumpai kasut, cermin mata dan telefon bimbit bapanya di tepi Sungai Mahsan.
"Anak mangsa kemudian membuat laporan polis kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini terhadap bapanya," menurut beliau dalam kenyataan hari ini.
Hoo berkata susulan itu, pihaknya terus menggerakkan operasi mencari dan menyelamat termasuk melibatkan bomba serta Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dengan kawasan pencarian membabitkan taman dan tebing sungai sepanjang 2 kilometer.
Beliau berkata khidmat anjing pengesan (K9) turut digunakan selain bantuan pasukan kayak dan penyelam bomba untuk mengesan mangsa namun gagal sebelum SAR ditamatkan pada 6 petang berikutan cuaca buruk serta faktor keselamatan.
Hoo berkata SAR yang memasuki hari kedua disambung pada kira-kira 9.50 pagi dengan dibantu oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang menjalankan pencarian di pesisir tebing sungai hingga ke jambatan Sungai Serting.
"Pada 4.55 petang, pasukan mencari menjumpai satu mayat disyaki warga emas yang hilang iaitu kira-kira lima kilometer dari pos kawalan operasi dan pengecaman waris mengesahkannya," katanya.
Hoo berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat.
Katanya siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam insiden itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 18 2022
Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun yang hilang sejak semalam ditemukan lemas di Sungai Mahsan, Jempol dekat sini petang tadi. - Foto ihsan bomba/Sinar Harian
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
BSMM seru lebih ramai wanita jadi sukarelawan
Kehadiran sukarelawan wanita di lapangan akan menjadikan bantuan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua golongan, kata Tunku Puteri Intan Safinaz.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
Warga emas dipercayai jatuh ke dalam tanah jerlus ketika cari kucing peliharaan
Penyelamat berharap Elizabeth Pollard, 64, masih hidup, sambil menjelaskan lubang itu mempunyai bekalan oksigen dengan suhu kira-kira 55 darjah Celsius.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman
Polis Daerah Kulai menerima maklumat berkaitan mangsa yang ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah itu daripada orang awam.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Astro AWANI unggul raih lima anugerah media di MPRA 2024
Astro AWANI unggul selepas berjaya meraih lima anugerah di Malaysia Public Relations Awards 2024 di ibu negara, malam ini.
Johor perhalusi cadangan safari malam di Zoo Johor
Kerajaan Johor sedang memperhalusi cadangan untuk membuka Safari Malam di Zoo Johor berikutan sambutan baik sejak pembukaan semula zoo berkenaan pada 31 Ogos lepas.