Warga emas hilang ingatan tidak pulang sejak seminggu lalu

Noraniza Kamsani
April 15, 2018 06:46 MYT
Nik Yusof Ismail yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Kubang Ikan, Cherating, Kuantan. - Astro AWANI
Seorang lelaki warga emas yang mengalami masalah hilang ingatan dilaporkan hilang sejak seminggu yang lalu selepas keluar dari rumahya di Kampung Kubang Ikan, Cherating di sini.
Menurut menantu mangsa, Noraini Ariffin, 30, ayahnya, Nik Yusof Ismail, 63, dikatakan keluar dari rumahnya selepas solat Zohor pada 7 April lalu tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri.
"Ketika keluar ayah mentua hanya memakai seluar pendek serta singlet berwarna biru dan sepatutnya pulang ke rumah untuk memakan ubat.
"Bagaimanapun, kira-kira jam 3 petang, ayah mentua saya tidak pulang ke rumah menyebabkan ibu mentua, Saini Awang, 50, berasa bimbang sebelum mencarinya di sekitar kawasan kampung," katanya kepada Astro AWANI.
Jelas Noraini, selepas tidak menemui mangsa, mereka sekeluarga membuat laporan polis laporan polis di Balai Polis Cherating untuk tindakan lanjut.
"Hingga ke hari ini, ayah masih tidak pulang dan gagal dikesan. Kami sekeluarga puas mencari ayah di sekitar kawasan Cherating tapi masih tidak jumpa.
Selain mengalami masalah ingatan Nik Yusof juga mempunyai pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan warga emas ini boleh menghubungi Noraini di talian 017-9319597.
#hilang #hilang ingatan #Kuantan #warga emas