MALAYSIA
Warga emas hilang ketika menjala ikan ditemui selamat di Seri Kembangan
Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan sihat, sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan lanjut.
SERI KEMBANGAN: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan di sebuah longkang besar di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan, semalam berjaya ditemui selamat pagi tadi.
Mangsa, Saharun Hashim, 74, ditemui pasukan penyelamat pada jam 9.55 pagi dalam keadaan selamat dan sihat, sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemeriksaan lanjut.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.47 malam Ahad selepas mangsa dilaporkan tidak pulang sejak petang.
Operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan melibatkan sembilan anggota bomba, dua anggota polis serta sepuluh orang awam, dengan radius pencarian 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai hilang.
Pasukan penyelamat turut menemui motosikal milik mangsa di lokasi beliau dikatakan menjala ikan sebelum hilang.
JBPM Selangor memaklumkan operasi diketuai oleh PBK I Saharudin Abd Razak dan ditamatkan sejurus mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan stabil.