awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga emas hilang selepas keluar rumah

Bernama
Bernama
12/10/2025
11:15 MYT
Warga emas hilang selepas keluar rumah
Polis berkata warga emas dikenali sebagai Abd Razak Abd Rahman, 88, dikatakan keluar dari rumahnya pada 8 pagi semalam. - Foto Sinar Harian
BALING: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Batu 7, Jalan Kroh, dekat sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata warga emas dikenali sebagai Abd Razak Abd Rahman, 88, dikatakan keluar dari rumahnya pada 8 pagi semalam.
"Warga emas berkenaan dipercayai berjalan meninggalkan rumahnya dan dia dikatakan uzur dan mempunyai masalah ingatan (mudah lupa).
"Ciri-ciri fizikal orang hilang ialah berketinggian 140 sentimeter, berat anggaran 50 kilogram, berambut putih, berkulit coklat, bulu kening halus, berjanggut serta misai putih dan berbadan bongkok," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata aduan mengenai kehilangan warga emas itu telah dibuat oleh waris pada 4.25 petang semalam.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh berhubung terus dengan mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#hilang lepas keluar rumah
#Kampung Batu 7 Jalan Kroh
#Ketua Polis Daerah Baling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan